Selasa, 11 Oktober 2016

Bagaimana Mengimbas Dokumen Atau Gambar Menggunakan Peranti Android Dan iOS?

Bagi kebanyakkan pengguna, kadang-kala, anda mungkin diperlukan untuk mengimbas sesuatu dokumen dan menghantar ia dalam bentuk emel atau PDF dengan serta-merta. Pengimbas mungkin agak sukar untuk dicari, dan untuk mengatasi dan memudahkan anda, salah satu aplikasi yang agak berguna pada telefon atau tablet Android dan iOS anda adalah CamScanner yang boleh didapati di Play Store.

CamScanner menggunakan kamera telefon pintar anda dalam merakamkan gambar sesuatu dokumen, dan kemudiannya mengoptimasikan ia supaya kelihatan sebagai dokumen yang diimbas dengan pantas dan mudah.
Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan agak baik, dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membaiki lagi hasil akhir, dengan memilih kadar kecerahan dan sebagainya.
Untuk teks, kadang-kala ia tidak begitu baik, tetapi menghasilkan imbasan yang amat baik untuk gambar. Aplikasi ini turut didatangkan dengan sokongan pengiklanan, dan untuk mereka yang tidak gemarkannya, pembangunnya menyediakan versi berbayar untuk membuangnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba dan menggunakannya, anda boleh memuat-turun ia secara percuma, dan menggunakannya dalam mengimbas dokumen anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan